CommentsSign guestbook
ezry maharaja
11 February 2009 00:41 | jitra
semoga berjaya next game...teruskan menang lagik2...nanti penuh la stadium
ezry maharaja
11 February 2009 00:36 | jitra
tahniah
elsyet
10 February 2009 23:50 | port klang
Menang jugak akhirnya.. sejuk skit hati..
hijaukuning_kenari
10 February 2009 22:35 |
alhamdulillah.. akhirnya mng.. thniah coach.. truskan usaha kgmlngan.. kedah pantang kalah.. ![]()
khairulnoor khairudd
10 February 2009 11:30 | sg petani
Khazali Din pengurus baru Kenari ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melantik Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din sebagai pengurus skuad bola sepak Kedah yang baru. Presiden KFA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, persatuan itu juga bersetuju mengekalkan jawatan Syed Khairul Anuar Syed Abidin sebagai penolong pengurus. "Mereka dilantik sejak seminggu lalu dan perkara berkenaan juga telah dimaklumkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). KFA berharap khidmat kedua-dua mereka akan membantu Kedah memberi cabaran dalam Liga Malaysia musim ini," katanya. Jawatan pengurus skuad Sang Kenari kosong berikutan penyandangnya, Datuk Othman Aziz membuat keputusan muktamad untuk menolak jawatan berkenaan.
botak
07 February 2009 12:12 | kulim
salam semua, sepatutnya jawatan dalam FAM tu digantikan dengan bekas pemain bola sepak barulah tau serba bab bola 2. Kalau masih ada lagi orang2 politik dalam jawatan FAM alamat tak akan kemana la bola sepak malaysia kita ni. Kalau ada bekas pemain bola sepak dalam jawatan FAM diaorang tau le cara-cara nak mengemudi pasukan bola sepak pasal diorang berpengalaman dalam permainan bola sepak. di harap jawatan dalam FAM digantikan agar bola sepak malaysia jauh kehadapan..... ![]()
nesta
05 February 2009 22:02 | kuching
Cadangan untuk memartabatkan bola sepak negara. Adalah lebih baik jika FAM kembali memperkenalkan liga semi Pro. Ramai individu yg berbakat tetapi akibat tiada jaminan apabila bermain bola menyebabkan mereka memilih pekerjaan lain yg lebih cerah masa depannya...tapi kalau konsep semi pro dikembalikan tdk mustahil bakat-bakat yg hilang itu akan muncul semula.
kosmo
05 February 2009 14:20 | sg petani
SAMA saja, langkah yang tidak akan membawa perubahan. Demikian pandangan sebahagian besar peminat bola sepak tempatan ketika diminta mengulas langkah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengambil alih sepenuhnya pengurusan skuad Harimau Muda. Jika skuad Harimau Muda gagal, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob pula yang akan dipecat oleh FAM seperti mana yang berlaku dengan B. Sathianathan dan Datuk Soh Chin Aun. "Buat apa nak ambil alih, kami tidak nampak pun kebaikannya. Cuma, ia dilihat mengurangkan kerja FAM saja. Kalau macam ini, makin tidak berfungsilah FAM. "Menteri di KBS tidak kekal lama. Paling lama pun lima tahun dan selepas itu bila orang lain jadi menteri, lain pula seleranya. "Bagi FAM buat kerja, KBS hanya pantau. Apa yang kami nampak, FAM selama ini tak buat kerja. Orang yang duduk dalam persatuan pun, tak tahu menahu pasal bola sepak," kata salah seorang peminat, Fakir Hasbullah, 42, ketika ditemui Kosmo! semalam. Menurutnya, kalau nak bola sepak maju, FAM harus pastikan semua persatuan gabungannya di negeri-negeri lebih berfungsi. "FAM kena mula dulu. Ini tidak, liga peringkat negeri tak ada, lepas itu FAM pula duduk diam tanpa bagi arahan. Apa fungsi FAM?" katanya. Rakannya, Khairun Abdul Salam, 37, tanpa berselindung beliau menjelaskan barisan kepimpinan dalam FAM perlu ditukar secara menyeluruh. "Sudah lama duduk kat situ pun tak menampakkan sebarang perubahan. Yang ada, cuma pertukaran dalam perjalanan liga kita yang agak memeningkan peminat tempatan. "Sekejap macam itu, sekejap macam ini, tahun depan apa pula perubahan? "Yang perlu diubah ialah barisan kepimpinan, bukan format liga kita. Dulu kita ada satu kejohanan sahaja iaitu Piala Malaysia, tetapi skuad negara berjaya juga melangkah ke Olimpik. Saya fikir orang dalam FAM tu kena ubah," katanya yang tidak mahu wajahnya dirakamkan. Seorang lagi peminat yang ditemui, N. Rajan menjelaskan kegagalan bola sepak negara disebabkan program peringkat akar umbi yang tidak dilaksanakan dengan baik. Menurutnya, mana-mana negara yang mempunyai program pembangunan yang sistematik telah menampakkan kemajuan dalam bola sepak. "Saya ambil contoh, Korea Selatan. Mereka mempunyai program akar umbi yang hebat dan hasilnya, skuad kebangsaan mereka pun menikmati faedahnya. "Kita seharusnya sudah lama buat kerja-kerja pembangunan tetapi terhenti separuh jalan tanpa ada hasil. "Kalau kita buat dengan betul, saya yakin penaja pun berminat untuk melabur. "Macam tahun lepaslah, FAM kata dapat peruntukan RM8 juta daripada kerajaan, tetapi mana hasilnya?" katanya. Seorang lagi peminat, Kenny Lim, 48, yang aktif bermain futsal menjelaskan bahawa FAM adalah punca kemerosotan bola sepak negara. "Kalau FAM buat kerja macam dulu (zaman itu Tan Sri Hamzah), bola kita akan terus majulah. Sekarang banyak politik, susahlah. Ini sukan, mana boleh campur politik. Kalau bola kita merosot, FAM hanya tahu pecat orang. itu Soh Chin Aun bagus pun dia orang (FAM) tak pandang. Macam mana mahu berjaya?", katanya. Sebahagian besar daripada peminat yang ditemui pada tinjauan rambang itu mendesak agar FAM lebih agresif dengan aspek pembangunan kerana ia adalah penentu hala tuju bola sepak negara. "Apa pun, kami berharap dengan perubahan terbaru ini, ia akan membawa perubahan. Jangan pula selepas ini, jika skuad Harimau Muda gagal, Datuk Seri Ismail Sabri pula dipecat oleh FAM," kata mereka.
khairulnoor khairudd
03 February 2009 13:07 | sg petani
Bekas pemain dan jurulatih perlu jadi exco - Rombak jawatankuasa Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan biarkan bekas pemain dan jurulatih kebangsaan mengambil alih tugas tersebut untuk menaikkan semula kecemerlangan bola sepak negara. Ia merupakan cadangan yang diberikan oleh bekas pemain dan jurulatih kebangsaan dalam Majlis Ramah Mesra Yayasan Bekas Atlet Kebangsaan (YAKEB) bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Perkara tersebut disuarakan oleh bekas pemain dan jurulatih kebangsaan Khaidir Buyong dalam majlis tersebut yang dihadiri ramai bekas pemain bola sepak kebangsaan dalam pelbagai era. ''Biar bekas pemain bola sepak sendiri yang mengendalikannya kerana darah daging mereka yang mengalir adalah untuk sukan bola sepak. Ini tidak... kami sebagai bekas pemain dan jurulatih kebangsaan sukar untuk menembusi FAM yang kukuh seolah-olah tembok besar China, biar 'orang bola' yang mengetuai jawatankuasa bukannya dari kalangan 'pentadbir','' kata bekas jurulatih Selangor dan Perak itu. Pendapatnya hampir sama dengan bekas jurulatih kebangsaan yang kini melatih pasukan Liga Perdana, PKNS FC, Abdul Rahman Ibrahim yang mahukan bekas pemain mengambil alih persatuan. ''Ruang untuk mereka yang lebih berkelayakan (bekas pemain atau jurulatih) tidak ada malah sukan bola sepak sekarang saya lihat lebih protokol, ini adalah sukan untuk rakyat,'' katanya. Ada sebilangan dari bekas pemain kebangsaan yang hadir memberi pendapat prasarana atau padang bola sepak perlu diperbanyakkan bagi melahirkan lebih ramai pemain yang berbakat. Bekas pemain bola sepak kebangsaan Zulkifli Shamsudin berkata, kekurangan padang bola sepak terutama di peringkat sekolah membantutkan perkembangan pemain di peringkat akar umbi. ''Kita ambil contoh di Sekolah Sukan Bukit Jalil sendiri pun tidak mempunyai padang bola, ia sama seperti saya mula tiba di sebuah sekolah di Sitiawan, Perak untuk mengajar tetapi saya terkejut sekolah tersebut tidak mempunyai padang,'' katanya yang sekarang ini bertugas sebagai guru pendidikan jasmani. Pengulas sukan dan pengkritik bola sepak terkenal, Serbgeth Singh atau Shebby berkata, Malaysia patut mencontohi Singapura dalam pembangunan bola sepak di akar umbi apabila kerajaan mereka menyediakan 400 padang tiruan untuk setiap sekolah. ''Semuanya untuk kita mencapai matlamat mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negara, berikan kami ruang untuk membuktikannya dengan keghairahan dan semangat yang kami ada... kami berjanji tidak akan mengecewakan semua pihak,'' kata bekas pemain Perak itu. Sementara itu pembangunan di peringkat akar umbi juga disentuh oleh bekas pemain dan jurulatih kebangsaan yang hadir, ia turut disuarakan oleh bekas pemain Sukan Olimpik 1972 di Munich, Wong Choon Wah. Katanya, pembangunan pemain di peringkat akar umbi amat penting terutamanya pada usia 14 hingga 18 tahun, dengan mendidik mereka bagaimana untuk menjadi pemain bola sepak yang hebat sambil menekankan isu kepantasan dan kemahiran. ''Kita lihat pemain Arsenal mereka mempunyai pemain muda yang berbakat dengan mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kita tidak boleh menyalahkan jurulatih serta pengurus apabila gagal,'' katanya.
khairulnoor khairudd
03 February 2009 13:06 | sg petani
KUALA LUMPUR – Kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi hakikatnya hanya ada lebih kurang 60 daripada 600 pemain yang berdaftar dengan FAM layak dipanggil untuk bermain dengan skuad utama kebangsaan. Bunyinya janggal namun itulah hakikat yang lantang disuarakan oleh pengendali PKNS yang juga bekas jurulatih pasukan negara, Abdul Rahman Ibrahim pada pertemuan bekas pemain kebangsaan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. Menurut Abdul Rahman, angka 60 pemain itu dicongak setelah mengambil kira hanya ada tiga atau empat pemain utama di dalam sesebuah pasukan negeri dan kelab selain menolak jumlah pemain simpanan serta pemain muda. “Daripada 60 pemain itu, apa yang boleh kita harapkan? Jurulatih negara tentunya mempunyai pilihan yang terhad selain terpaksa memilih muka yang sama setiap kali beraksi. Ia jelas menunjukkan kita gagal melahirkan pemain yang berkualiti,” tegasnya. Abdul Rahman dalam sesi itu turut tidak gentar menempelak barisan pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). “Jika Malaysia bertemu Manchester United, berderu-deru wakil FAM hadir ke stadium tetapi jika Malaysia berdepan UAE atau beraksi pada kejohanan antarabangsa yang lain, berapa ramai yang hadir memberi sokongan?” katanya sinis. Benteng terakhir negara era 80-an, Rashid Hassan juga turut bersetuju dengan pandangan Abdul Rahman mengenai kekurangan pemain berkualiti yang dialami negara ini. “Menangislah air mata darah sekali pun tetapi kita perlu berpijak di bumi nyata, hanya inilah pemain yang ada untuk kita pertaruhkan di peringkat antarabangsa. “Justeru perlu ada mekanisme yang tepat untuk meningkatkan mutu permainan pasukan ini dan salah satunya adalah memberi pendedahan kepada para pemain melalui perlawanan persahabatan dengan pasukan hebat dari luar negara,” katanya. Sementara itu bekas pemain kebangsaan era 70-an, Abdullah Ali pula mengusulkan agar FAM mewujudkan satu akta yang boleh dijadikan petunjuk kepada kepimpinan badan induk itu. Menurutnya, pemimpin bola sepak Korea dan Jepun akan meletak jawatan sekiranya gagal membawa kebaikan kepada pasukan masing-masing. “Tidak seperti di Malaysia, para pemimpin badan sukan masih terus memegang jawatan sekali pun pasukan yang dipimpinnya gagal menonjol untuk satu jangka masa yang panjang. “Justeru perlu ada semacam satu garis panduan digubal bagi memberi kesedaran kepada para pemimpin seperti itu,” ujarnya. Pemain kebangsaan era 80-an, Azlan Johar pula berharap agar lebih banyak peranan dapat dimainkan dan diberi kepada para bekas pemain kebangsaan. “Kebanyakan kami memiliki pengalaman, pengetahuan serta semangat yang tinggi untuk mengembalikan mutu bola sepak negara. “Mungkin kami boleh dihantar ke sekolah-sekolah untuk mendidik para pemain di peringkat akar umbi,” katanya. 222 guestbook entries |
Main Menu
|

