Comments

Sign guestbook


ank jati kdah    16 April 2009 16:14 | aloq setaq
RatingRatingRatingRatingRating
sy stuju klu coach mgang jwtan national coach dan coach kedah dlm stu masa yg sama... Bktikan yg local coach mampu mengubahnya...
:p :p

Mohamad Hazril Buhar    16 April 2009 12:39 | Putrajaya
RatingRatingRatingRatingRating
Saya berharap coach azraai menerima tugasan coach kebangsaan. Selain saya ingin mencadangkan beliau menerima dan memegang 2 jawatan dalam satu masa. Itu pun jika beliau mampu melakukannya. Jika Gus hiddink mampu melakukannya, beliau pun pasti boleh melakukannya.

Setidak-tidaknya beliau boleh mencuba melakukan perubahan dalam pasukan kebangsaan. Inilah yang di perlukan oleh pasukan kebangsaan kerana selama ini kita dihidangkan benda dan perkara yang sama sehingga tiada peningkatan yang mampu dilakukan.

Kita tidak nafikan akan perkara negatif dan buruk yang akan terjadi jika beliau memegang jawatan berkenaan. Sekurang-kurangnya beliau mencuba. itu yang lebih penting.

Ini hanyalah pendapat sahaja. Jika boleh laksanakan, jika tidak boleh apa nak dikecewakan.

harian metro    13 April 2009 18:58 | penang
RatingRatingRatingRatingRating
>Azraai sedia galas tugas
Oleh Hadzlan Hassan
hadzlan@hmetro.com.my

Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah sedia memikul tanggungjawab selaku jurulatih kebangsaan sekiranya khidmatnya diperlukan untuk meningkatkan kemampuan skuad negara selepas jawatan itu dikosongkan B Sathianathan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Azraai belum menerima tawaran itu secara rasmi dan jika ditawarkan sekalipun dia terpaksa mendapat kebenaran Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kerana perlu mematuhi syarat kontrak dengan persatuan itu.

“Kalau diberi peluang itu, saya sedia menerima tapi haruslah ikut saluran yang betul dan saya juga perlu memikirkan semasak-masaknya.

“Terserah kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika mereka rasa khidmat saya diperlukan, saya tidak keberatan malah kita sebenarnya mempunyai ramai pemain berbakat,” katanya selepas perlawanan Liga Super antara Kedah dan Terengganu di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, kelmarin.

kyoniko    13 April 2009 12:53 |
RatingRatingRatingRatingRating
tahniah kepada pasukan kedah berjaya menewaskan terengganu. PULUN KEDAH PULUN... kepada penyokong kedah sama - samalah kita ke stadium setiap kali game kedah. kita gamatkan stadium seperti musim - musim yang lepas. :)

Tangan HK    09 April 2009 05:43 | Gurun Kedah
RatingRatingRatingRatingRating
Laman web ni cukup bagus..tapi kita kena ramaikan lagi ahli aktif...baru meriah :grin

mael    08 April 2009 21:23 | sik
:p :grin 8) :) :roll ;) :eek
hai semua.kali ni pyokong kltn dah hilang akal n pikiran.harap fam gantung ja semua pmain n j/l kltn sampai bila2.jgn bg main bola.buat malu ja bola sepak msia.yg penting si halim napi tu.haramkn terus dari main bola.dah kalah nak marah pmain lawan pulak.
kalu dah xreti tangkap bola tu buat cara tak reti.dok surau jadi bilal kn senang.tiap bulan jolok duit kat bank. tu la pyokong kltn la ni.menang skit enjoy.dah kalah mgamuk mcm gila meroyan.haramkn pyokong kltn di semua stadium di malaysia niii.jgn bg masuk nti haru biru merah jadi pulak... awat tak bakar ja stadium tu sama .kn senang main kat bendang pulak nti....aku harap pyokong kedah xmcmtu.adat main ada menang n kalah.terima ja laaa...
aku tetap sokong kedah walaupun main di liga fam. hidup kedah hidup hijau kuning.biar jasa jadi kenangan... :) :roll :grin 8) ;) :eek :p

restoren rasa hijau    08 April 2009 01:56 | jln pegawai
permainan yg baik cuma nasib tidak menyelebelahi kita bila kalah dgn kelantan...tapi no worries coach kami warga rasa hijau kunning always with the team!!!

mael    07 April 2009 20:54 | sik
pada semua player dan coach. main la sebaik-baiknya.kita pertahankan 2 lagi piala.jangan bg kesian pada semua pasukan yg kita lawan...biaq depa tau tanpa pmain import pun bole menang piala.kltan harap pmain n jurulatih import ja.sgor pun jurulatih import jugak.tak macam pskn kedah 95% anak jati kedah.

biaq jasa jadi kenangan.
hidup hijau kuning.
kedah pantang kalah.
pulun kedah pulun.

mael    07 April 2009 20:46 | sik
:) di harap semua fan kedah bsabar.azrai tgh dok cari idea la nii..jgn bimbang ok.byk lagi game.kedah pantang kalah.jadi ramai2 bg sokongan baik main di alor setar atau pun main kat luaq ...biar jasa jadi kenangan.hijau kuning lambang kemegahan.

bluemoon    06 April 2009 21:08 | alor setar
RatingRatingRatingRatingRating
Lirik Untukmu Penyokong

Kita bersamalah berjuang
Yakin tanpa berhalang
Jeritan merdu
Sokongan yang padu
Moga kami terus membuka
Lorongan cita-cita
Walaupun jatuh rebah
Semangat berapi
Walau tak terperi
Tangkas bangun semula
Pedih terasa
Namun itu semua
Hilangnya dalam semangat membara

Tanpamu perjuangan penuh duka
Tanpamu sukar menghasil usaha
Sebelum berakhir bertarungan
Jangan kau jauh pergi berpalingan

Genggamlah katamu menjadi janji
Walaupun darah yang kau tangisi
Terus melaung melodi sokongan
Moga menjadi erti kemenangan

Berjaya, bukan hanya berkata-kata
Datang penat usaha
Bersama bersatu
Engkau bersamaku
Tangkas kembali gagah
Takkan menyerah
Tanpa angan-angan
Bersama bangun memburu impian

Tanpamu perjuangan penuh duka
Tanpamu sukar menghasil usaha
Sebelum berakhir bertarungan
Jangan kau jauh pergi berpalingan

Genggamlah katamu menjadi janji
Walaupun darah yang kau tangisi
Terus melaung melodi sokongan
Moga menjadi erti kemenangan

Sakitnya
(Menakluk) kesukaran
(Tak dapat terduga) kekalahan
Jangan putus asa
Walaupun tersiksa, kembali perkasa

Sorakmu membangkit hati yang lara
Bagai petir tidak bercahaya
Genggam tanganku terus kehadapan
Moga ilhamkan kemenangan, Ohh ….

Tanpamu perjuangan penuh duka
Tanpamu sukar menghasil usaha
Sebelum berakhir bertarungan
Jangan kau jauh pergi berpalingan

Genggamlah katamu menjadi janji
Walaupun darah yang kau tangisi
Terus melaung melodi sokongan
Moga menjadi erti kemenangan


222
guestbook entries